Fujifilm FinePix F600 EXR baru ditampilkan dengan teknologi terkini menjanjikan pengalaman hebat buat peminat fotografi yang suka mengembara, menginginkan kamera poket bagi menghasilkan gambar berkualiti.
Kamera digital ini turut dilengkapi pengesan EXR CMOS 16 mega piksel memaparkan EXR automatik baru dengan fungsi pengesan gerakan bagi mengurangkan kesan kabur jika cahaya malap.
Selain itu, ia dilengkapkan dengan sistem penunjuk arah (GPS) dan diperhebat dengan ciri penanda kawasan bagi membantu jurugambar mengesan lokasi, sementara lensa zum optik sudut lebar 15X kini memiliki kuasa telefoto berganda dengan mod zum digital pintar baru.
Pengesan EXR CMOS 16 megapiksel ½” di dalam FinePix F600 EXR menggabungkan teknologi EXR dan cahaya dari sisi belakang (BSI-CMOS) untuk menghasilkan gambar berkualiti dalam pelbagai keadaan pencahayaan.
Aplikasi itu memudahkan transmisi cahaya untuk menyerlahkan prestasi, khususnya di bawah pencahayaan malap.
Fungsi baru itu membolehkan FinePix F600 EXR mengatasi kesan kabur dengan gabungan tiga ciri iaitu penstabilan imej, ukuran sensitiviti kamera (ISO) dan pengesan gerakan.
Jika subjek bergerak, kamera akan mengenakan pengesan gerakan dan ISO lebih tinggi untuk merakam dengan kesan kabur minimum.
Jika tiada pergerakan dikenal pasti, FinePix F600 EXR secara automatik memilih ISO yang lebih rendah.
Monday, February 6, 2012
Fujifilm tampilkan FinePix F600 EXR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: