|
KEJUTKAN teman istimewa anda dengan meraikan Hari Kekasih bersulamkan aura romantik, suasana restoran yang indah dan makanan yang enak di Chalet, Hotel Equatorial Kuala Lumpur sebelum hotel itu ditutup untuk pengubahsuaian mulai 31 Mac nanti.
Didominasi oleh warna merah yang memberikan pesona luar biasa dengan lampu malap, ia pasti melahirkan mood romantis untuk menikmati makan malam bertemankan cahaya lilin.
Chalet bukan calang-calang restoran kerana ia telah banyak memenangi anugerah malah, salah sebuah restoran yang tertua di bandar.
Bukan itu sahaja, Chalet juga terkenal dengan masakan yang juga diiktiraf di samping suasananya yang unik.
Oleh kerana ia merupakan sambutan Hari Kekasih terakhir bagi Chalet, Chef de Cuisine, Chef Hafizzul Hashim akan membantu anda memenangi hati orang tersayang dengan menyediakan enam hidangan yang disediakan eksklusif sempena sambutan Hari Kekasih 14 Februari ini.
Dengan bermodalkan RM298++ seorang, anda akan dihidangkan dengan menu istimewa iaitu fresh belon oysters ossetra caviar and chives, warm asparagus and truffle parfait morel madiera jus, cerviche of norweigian divers scallop dan Australian yabby.
Tidak ketinggalan fennel salad and chardonnay jelly, olive oil poached Atlantik halibut, Tasmanian mussels and curried sea urchin veloute.
Selepas menikmati hidangan enak air tangan Chef Hafizzul Hashim, tidak lengkap makan malam anda jika tidak merasai hidangan pencuci mulut iaitu classical opera with berries yang enak dimakan bersulamkan kopi mahupun teh.
Bagi pasangan muslim, anda juga boleh membuat tempahan awal jika mahukan menu khas untuk sajian halal tanpa was-was.
Makan malam bermula dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Pengunjung yang menjamu selera di Chalet akan menerima setangkai bunga ros buat si jelita malah, dapat merakamkan momen indah dengan gambar digital.
Malah lebih istimewa, sambil menikmati hidangan anda akan didendangkan dengan lagu-lagu cinta oleh Los Muchachos.
Bukan itu sahaja, para pengunjung juga berpeluang memenangi baucar makan bernilai RM500 apabila menyertai peraduan Expression of Love.
Sempena Hari Kekasih kali ini, Hotel Equatorial juga menyediakan pakej istimewa bagi pengunjung yang mahu bermalam di situ pada harga RM299++ semalam termasuk sarapan untuk dua orang, pelbagai coklat dan bunga. Menariknya anda diberikan komlimentari daftar keluar lewat pada 3 petang dan diskaun 20 peratus untuk pakej spa di Vila Manja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: