MARIA Sharapova mahu menjadikan Sukan Olimpik London sebagai satu daripada sasaran utamanya tahun ini selepas tidak beraksi di Beijing empat tahun lalu akibat kecederaan.
Pemain di ranking ketiga tertinggi di Russia memena-ngi tiga gelaran Grand Slam tetapi tidak pernah bertanding di Olimpik.
“Mewakili negara di sana adalah satu penghormatan besar bagi saya,” kata Maria. “Saya tidak sabar beraksi di gelanggang rumput.
Wimbledon adalah sasaran utama saya setiap tahun.“Apatah lagi Olimpik akan menyusul dua minggu selepas itu dan saya tidak pernah menyertainya, ia sesuatu yang ingin saya sertai sejak kecil lagi. Sebagai seorang atlet di Russia, itulah impian dan matlamat terbesar.”
Maria tidak dapat beraksi di Sukan Olimpik Beijing 2008 berikutan kecederaan bahu.
Biarpun tewas 3-6,0-6 kepada Victoria Azarenka dalam perlawanan akhir kejohanan Grand Slam bulan lalu, Maria mengharapkan kempennya di Terbuka Australia akan menjadi batu lonjakan kepadanya untuk meraih satu lagi kejohanan utama tahun ini.
“Saya tidak beraksi dalam kejohanan kompetitif sejak beberapa bulan lalu dan menyertainya dengan kecederaan buku lali, keputusan di Australia itu boleh dikatakan memuaskan,” kata Maria.
Maria cedera buku lali kirinya, September lalu dalam Kejohanan Pan Pacific
di Tokyo. Kecederaan itu menyebabkan dia terpaksa menarik diri daripada Terbuka China dan kemudiannya Kejohanan WTA di Istanbul selepas dua kekalahan.
“Melangkah ke final sudah menghampiri impian saya,” kata Maria. “Jelasnya, anda mahu menjadi antara yang menjulang trofi tetapi ia tidak seperti itu.
“Tuah dan keyakinan mungkin dapat membantu. Ia tidak datang sekali.
Ia mengambil banyak masa untuk memperbaiki mutu permainan.
“Bagi tahun ini, saya masih mempunyai banyak peluang dan berharap dapat mencapainya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: