Saturday, February 4, 2012

Depe nafi kahwin peminat fanatik

Depe
Depe
Dewi Persik sangkal laporan kononnya dia bernikah dengan pelajar universiti berusia 19 tahun

AKTRES dan penyanyi dangdut kontroversi, Dewi Persik atau Depe tidak mengenali lelaki bernama Abi Palutturi, 19, penuntut universiti berasal dari Makasar yang dikatakan bernikah siri dengannya, baru-baru ini.
Berita pernikahan Depe dan Abi tersebar dalam laman sosial, Twitter. Ia disebarkan seorang peminat yang menggunakan nama samaran, Roy Permana yang mendedahkan hubungan cinta dan perkahwinan Depe dengan peminat fanatiknya. Dua minggu lalu, berita pernikahan Depe dan Abi heboh diperkatakan. Mereka dikatakan mengadakan majlis pernikahan di Hotel Grand Clarion, Makassar pada 9 Januari lalu.
Bagaimanapun, pihak pengurusan hotel menafikan majlis pernikahan atas nama Depe dan Abi pada malam berkenaan. Malah, ketika tarikh berkenaan, Depe bercuti di Bangkok, Thailand bersama anak dan beberapa pembantunya.

Bagi Depe atau nama sebenarnya, Dewi Murya Agung, 27, Abi hanya seorang peminat.
“Saya tidak mengenalinya. Saya tahu Abi berada di Makkasar, dia juga adalah peminat yang menunggu saya di lapangan terbang dan mengikut saya hingga ke Hotel Grand Clarion, Makassar. Dia beritahu, sudah menunggu saya selama enam jam, saya rasa kasihan padanya. Usianya baru 19 tahun. Abi juga bukan jejaka idaman saya. Tubuh Abi lebih kecil daripada saya.

“Jujurnya, saya tidak suka yang kecil-kecil, saya suka lelaki berbadan sasa. Saya bingung bagaimana Abi boleh menghebahkan cerita saya berkahwin dengannya. Terserahlah, saya tidak mahu ambil pusing mengenainya lagi. Bagi saya, sesiapapun boleh mengakui menjadi teman lelaki atau suami saya,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.
Hubungan cinta pelantun lagu Diam Diam dengan Abi itu dapat dihidu apabila mereka saling bermesra di laman Twitter. Antaranya, Depe pernah menulis, ‘sebelum tidur jangan lupa nyanyi perlahan-lahan supaya ingat suara aku’. Manakala Abi pula membalasnya, `aku suka kerana kau mengajar aku cinta sayang, papa tidur dulu ya, love u mimpi indah muaahh’.

Bagaimanapun, pelakon filem Paku Kuntilanak dan Tali Pocong Perawan itu menafikan menjalin hubungan cinta dengan peminat fanatiknya itu.

Walaupun dicaci dan dikecam, Depe dan Abi tetap menunjukkan kemesraan menerusi Twitter.

“Saya bukan sombong, kenapa saya harus melayan peminat dengan kata-kata yang kasar? Saya mahu melayan peminat dengan baik dan mesra,” katanya ringkas sambil menjelaskan, selepas tiga kali gagal dalam rumah tangga, dia masih memiliki impian mahu berkahwin lagi.

Bagaimanapun, dia tidak mahu bernikah siri. Nikah siri ialah nikah secara sulit tetapi sah mengikut hukum syarak.

“Saya sedar status sebagai janda. Saya akan menikah lagi, tapi bukan nikah siri. Dulu, saya bernikah dengan Aldi Taher bukan nikah siri. Saya bernikah dengannya secara rasmi. Soal jodoh, saya pasti bila impian berkahwin lagi dimakbulkan. Buat masa ini, saya tidak punya kekasih, saya baru saja putus cinta,” katanya.


Pernah tiga kali bercerai

SEBELUM ini, dewi Persik atau Depe pernah berkahwin tiga kali bersama Saipul Jamiell, Yusuf Ferry Dzaatz dan Aldi Taher. Pada 2007, Depe berkahwin dengan penyanyi dangdut dan pelakon, Saipul Jamil.

Bagaimanapun, mereka bercerai pada tahun sama. Mereka berpisah dengan baik, malah Depe dan Saipul sempat membintangi filem Setan Budeg. Dalam filem itu, mereka melakonkan adegan ranjang bersama.

Selepas kontroversi pernikahan dengan Saipul reda, Depe bernikah dengan Jusuf Ferry Dzaatz yang tinggal di Belanda. Namun, pernikahannya juga tidak kekal lama, mereka bercerai tidak lama kemudian. Belum reda isu pernikahan dengan Jusuf, anak kelahiran Jember, Jawa Timur itu mengejutkan peminat dengan pernikahan dengan pelakon sinetron, pengacara dan penyanyi, Aldi Taher.

Pernikahan ketiga Depe kembali diselimuti kontroversi, dimulai isu pengguguran anak luar nikah dan mendesak Aldi untuk menikahi Depe.

Aldi juga khabarnya sengaja mahu menumpang populariti Depe. Bagaimanapun, pernikahan mereka juga terkandas apabila bercerai pada November 2009. Depe sempat menjalinkan hubungan cinta dengan Nicky Tirta pada 2011, tapi hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Dan terbaru, berita pernikahannya dengan mahasiswa, Abi Palutturi digembar-gemburkan tahun ini. Bagaimanapun, banyak percanggahan pendapat mengenai isu pernikahannya kali ini. Selain isu pernikahan, Depe sememangnya dilahirkan sebagai penyanyi dan pelakon kontroversi. Sarat cerita panas yang menyelimuti hidupnya dengan isu pernikahan siri, suka bergambar separa bogel dan pergaduhan dengan Julia Perez, khabarnya payudara Depe turut diraba peminat.

Minggu lalu, Depe menghadiri majlis sebuah stesen TV. Dek suka mempamerkan aurat dan berpakaian seksi hingga mendedahkan payudaranya, seorang peminat pada mulanya mengambil gambar secara curi-curi. Dek ‘geram’ melihatnya, peminat berkenaan meraba payudara Depe. Depe khabarnya hampir pitam apabila diperlakukan sedemikian, lalu menangis sambil berlari ke arah keretanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: