jenayah

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki warga Afrika dan seorang wanita yang bertindak sebagai pengrekrut keldai dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Orkid, Cheras, baru-baru ini.

Dalam serbuan pada 1 Februari itu, polis menemui dadah jenis syabu seberat 2.8 kilogram yang disembunyikan dalam 16 omboh atau piston kereta.