AKTRES Anupama Verma memberitahu dia kerugian sebanyak Rs17 lakh (RM1.7 juta) selepas duitnya dilesapkan oleh dua orang kakitangan bank ICICI di India.
Bagaimanapun dua orang kakitangan tersebut kini telah diberkas polis.
Menceritakan kejadian tersebut, Anupama memberitahu, selepas menyimpan wang di dalam akaunnya pada Jun tahun lalu, dia kemudian keluar dari India dan tidak pernah memeriksa akaunnya itu.
Namun dia terkejut apabila menyedari duit simpananya sudah lesap selepas cek yang mahu diberikan kepada seseorang didapati adalah cek tendang.
"Saya ada memberi cek dalam jumlah yang agak banyak kepada seseorang namun cek tersebut didapati cek tendang dan ia terjadi sebanyak dua kali.
"Saya terkejut sebelum membuat laporan kepada pihak bank dan selepas disiasat, duit simpanan saya sudah kosong!,"ujarnya.
Kes tersebut kini masih berjalan dan tindakan akan diambil oleh pihak polis terhadap dua kakitangan bank ICICI yang terlibat melesapkan kesemua duit simpanan aktres tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: