![]() |
| |
BUAT julung kalinya Nasyeed Edutainment Publishing Sdn. Bhd., yang juga dikenali dengan jenama Nasyeed.Com akan menganjurkan Anugerah Nasyeed.Com yang akan berlangsung pada 13 dan 14 April 2012 bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam.
Acara yang bakal dijadikan agenda tahunan dalam kalendar nasyid tanah air ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para penggiat industri nasyid sekali gus menggalakkan penghasilan karya-karya nasyid yang berkualiti secara berterusan.
Secara tidak langsung, bakat-bakat baru juga akan dapat dicungkil dan diketengahkan dalam industri. Ini ditambah dengan status Malaysia sebagai The Home of Contemporary Nasyeed di kalangan penggiat industri nasyid antarabangsa, maka wajarlah penganjuran Anugerah Nasyeed.Com.
Anugerah ini bakal mempertandingkan lagu-lagu dalam Carta Nasyeed.Com, carta yang menggunakan platform aplikasi facebook ini telah bermula sejak Julai 2011.
Sebanyak 13 kategori bakal dipertandingkan seperti Anugerah Nasyeed Sirah, Anugerah Nasyeed Cinta, Anugerah Nasyeed Amar, Anugerah Nasyeed Selawat, Anugerah Nasyeed Perjuangan dan Anugerah Nasyeed Munajat.
Terdapat juga Anugerah Susunan Muzik Terbaik, Anugerah Klip Video Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Lirik Terbaik, Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Juara Carta Nasyeed.Com dan Anugerah Khalifah Nasyeed.
Pelbagai aktiviti menarik melibatkan artis, penggiat nasyid, media mahupun para peminat nasyid tanah air sudah diatur. Malam Anugerah Nasyeed.Com akan dilangsungkan pada 13 April 2012 dan diikuti dengan Konsert Anugerah Nasyeed.Com pada keesokannya iaitu 14 April 2012.
Gerai jualan dan pameran oleh para penaja akan turut mewarnai foyer Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur yang menjadi lokasi acara.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas, boleh menghubungi 03-55121352 atau 016- 2336551 atau e-mel kepada event@nasyed.com. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di laman www.facebook.com/nasyeedcom.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: