LUMUT - Festival Dram Dunia Royal Belum semakin rancak apabila tujuh kumpulan dram membuat persembahan memukau di Dataran Putra di sini malam tadi.
Lebih 2,000 penonton yang memenuhi dataran itu sejak pukul 8.30 malam terpukau dengan kehebatan paluan dram yang dipersembahkan oleh kumpulan tersebut termasuk dari luar negara.
Kesemua anggota kumpulan dram terlibat yang pertama kali membuat persembahan di negeri ini mengakui teruja beraksi di hadapan ribuan khalayak khususnya warga bandar Lumut.
Ketua kumpulan Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC), Adri Idzwan Mansor berkata, walaupun tempoh masa diberikan sekadar tujuh minit, semua anggota KLDC berbangga kerana berjaya mempersembahkan paluan terbaik.
"Sebagai antara pasukan tempatan, KLDC yang dibarisi belia berusia 17 hingga 28 tahun bertekad memberi aksi terbaik dan kita berjaya membuktikannya," katanya kepada Kosmo! di sini malam tadi.
Jurucakap kumpulan Saratuspersen dari Bandung, Indonesia, Ihwanudin Juhri pula berkata, peluang mengadakan persembahan bersama pemalu dram profesional lain pada festival itu sememangnya dinantikan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: