Thursday, February 23, 2012

14 awak-awak Vietnam ditahan


BEBERAPA orang anggota APMM mengawal dua bot nelayan Vietnam dan awak-awaknya kerana menceroboh perairan negara di Tok Bali, Pasir Puteh semalam.


PASIR PUTEH - Maritim Malaysia (APMM) Tok Bali menahan dua bot nelayan Vietnam dianggarkan bernilai RM1 juta bersama 14 awak-awak kerana menceroboh perairan negara pada pukul 12.40 malam kelmarin.

Komandernya, Zainin Abdul Majid berkata, penahanan itu berjaya dilakukan hasil intipan kapal Maritim Amanah menerusi Ops Perkasa Timur yang diketuai oleh Lt. Komander Mohd. Khairulanuar Abd. Majid bersama 23 anggota di lokasi 110 batu nautika dari timur laut Tok Bali.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati awak-awak bot tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan sukar untuk berkomunikasi.

"Kesemua nelayan yang ditahan berusia di antara 16 dan 48 tahun. Kami terpaksa membuat pengesahan lanjut termasuk menghantar ke hospital bagi pemeriksaan gigi untuk menentukan umur sebenar awak-awak nelayan bawah umur bagi tujuan menghantar pulang ke negara asal," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, nelayan terbabit tidak menyedari kehadiran anggota APMM kerana sibuk menangkap sotong dan mengakui sudah 14 hari berada di perairan negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: