PROGRAM HIJAU. Sebanyak 1,000 pokok jenis karas ditanam oleh 300 sukarelawan sempena perasmian Program Penghijauan Bumi di Taman Wawasan, Presint 2, Putrajaya yang dianjurkan oleh Tesco dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Perbadanan Putrajaya semalam.
Ketua Pegawai Operasi Tesco Malaysia, Stuart Smith berkata, pihaknya menyasar untuk menanam sebanyak 500,000 pokok terancam di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun.
Katanya, hasrat itu selaras dengan saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menetapkan matlamat 20 juta pokok ditanam menjelang tahun 2020 dalam program Penanaman Pokok Kebangsaan yang diperkenalkan pada 1997.
"Melalui program ini, masyarakat akan diberi pendedahan mengenai peranan sektor korporat dalam menghadapi isu pemanasan global," katanya di sini semalam.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Pengarah MTIB, Dr. Jalaluddin Harun dan Pengarah Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya, Mohamad A. Shukor.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: