Thursday, December 29, 2011

Warna anggun dwifungsi

BERBEZA...rona dalam Mac Holiday Glitter and Ice menampikan ton dwifungsi dan serakan warna unik.
BERBEZA...rona dalam Mac Holiday Glitter and Ice menampikan ton dwifungsi dan serakan warna unik.

ELEMEN dingin, kemilau serta magisnya pesona musim cuti diangkat sebagai tunjang utama yang melatari himpunan rona solekan Mac bagi hujung tahun ini.

Kemeriahan perayaan dan percutian akhir tahun nyata dipersembahkan dengan penuh semangat dan memukau menerusi pilihan warna terang dan unik.

  • Foto

    ADUN...Haritha (kiri) menekankan teknik adunan dalam solekan untuk hasil lebih menarik dan seimbang.

  • Foto

    MENARIK... kemeriahan perayaan dan percutian akhir tahun dipersembahkan Mac dengan rona memukau menerusi pilihan warna terang dan unik.

  • Foto

    MENARIK... kemeriahan perayaan dan percutian akhir tahun dipersembahkan Mac dengan rona memukau menerusi pilihan warna terang dan unik.

Namun, usah skeptikal dengan rona yang disediakan meskipun secara umumnya ia seakan tidak sesuai untuk digayakan bagi aktiviti harian.

Menurut Jurusolek Kanan Mac Cosmetics Malaysia, Haritha Shan, koleksi ini bertindak dwifungsi yang bukan saja untuk acara pesta, tetapi sesuai untuk penampilan siang yang lebih ringkas.“Kombinasi antara dua atau tiga warna berbeza sebenarnya mampu membuatkan riasan kelihatan tidak keterlaluan.“Warna dalam koleksi ini banyak memainkan ton terang dan keras, tetapi apabila diadun bersama rona lebih gelap, riasan akan tampak lebih segar dan seimbang.


“Pada masa sama, rona dalam koleksi ini turut bertindak sebagai penyerlah bagi mereka yang gemarkan solekan lebih tebal tapi masih sesuai digayakan siang atau malam,” katanya.

Teknik adunan juga menjadi salah satu perkara utama bagi merias bibir menggunakan gincu serta pengilat bibir dalam koleksi ini yang pada dasarnya tampak pucat, kabut dan kusam.

“Mac Holiday Glitter and Ice 2011 menampilkan rona unik seperti Soft Sable (taupe kabut) dan Eloquent Air (putih-perak) yang pastinya bukanlah pilihan pertama di kalangan wanita kerana warnanya agak pucat.

“Tapi apabila ia digabungkan bersama warna lain yang lebih terang, ia mampu menghasilkan satu rona berbeza dan lebih menarik. Jika tidak mahu menggunakan dua gincu dalam satu masa, pilih pengilat bibir yang lebih terang seperti merah, fuchsia atau merjan untuk riasan sekata.

“Saya sentiasa percaya dengan teknik adunan ini kerana kita boleh mencipta riasan istimewa sendiri, di samping memberi peluang untuk bereksperimen dengan warna yang sesuai untuk ton kulit kita,” ujarnya.

Pada masa sama, Haritha tidak menggalakkan pembaziran barangan solekan apabila tersilap membeli warna, sebaliknya dapatkan satu atau dua warna tambahan yang lebih terang, lembut atau gelap, bergantung kepada padanan warna asal.

“Sebagai wanita kita terdorong untuk membeli barangan solekan tanpa memikirkan keperluan penggunaan selepas itu. Apabila pulang ke rumah, baru kita sedar warna yang dibeli itu dirasakan terlalu gelap atau terang lalu tidak sesuai dengan cita rasa kita.

“Jangan buang warna itu, tetapi cuba adun dengan warna lain. Mungkin kombinasi itu dapat menghasilkan satu warna unik yang sesuai dengan ton kulit kita,” jelasnya.

Koleksi Mac Holiday Glitter and Ice ini boleh didapati di butik Mac seluruh Malaysia pada harga antara RM44 hingga RM288.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: