|
MENJADI cawangan ke-19 secara keseluruhan, butik Euro Moda dan Gulati's di negeri Cik Siti Wan Kembang bakal memenuhi permintaan warga Pantai Timur yang dambakan fabrik dan pakaian berkualiti tinggi.
Kini, pelanggan setia Euro Moda dan Gulati's di negeri itu tidak perlu lagi bersusah-payah turun ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bagi mendapatkan fabrik yang dikehendaki.
Dengan keluasan 36,000 kaki persegi (3,345 meter persegi), butik yang dibuka secara rasmi pada 7 Disember lalu itu merangkumi tujuh lot kedai dilengkapi dengan surau dan ruang berhawa dingin yang selesa.
Sempena pembukaan itu, Euro Moda dan Gulati's memberi peluang kepada orang ramai khususnya penduduk Kelantan, menikmati promosi besar-besaran yang sedang dijalankan di butik tersebut.
Pada harga serendah RM10, pelanggan akan dapat membeli fabrik sutera boleh dibasuh (washable) sepasang. Fabrik krep boleh dibasuh serta fabrik krep lembut bercetak boleh dibasuh pula dijual pada harga RM15 sepasang.
Bagi pelanggan yang bercadang membuat baju kurung tradisional ataupun gaun buat anak perempuan, fabrik kapas Itali merupakan pilihan tepat dan dijual dengan harga runtuh RM35 sahaja sepasang.
Selain menikmati potongan harga menakjubkan, pelanggan juga diberikan pemberian percuma ke atas pembelian.
Promosi beli satu percuma satu membabitkan fabrik-fabrik terpilih seperti krep Sofea bercetak dan viskos Itali.
Produk berkualiti yang diimport dari Eropah seperti Valentino, Ungaro, Roberto Cavalli dan Raffaella Curiel pula disediakan dengan aneka corak dan warna.
Fabrik eksklusif dari Itali juga tidak terkecuali menjadi tawaran sempena pembukaan gedung baharu itu. Sifon sutera Itali bercetak hanya dijual dengan harga serendah RM250 sepasang.
Bagi menambahkan nilai eksklusif diri, sutera Itali bertatahkan permata Swarovski berharga RM2,350 sepasang pasti menjadi pilihan bijak.
Bakal pengantin juga dapat memilih fabrik bersesuaian untuk dipakai pada hari bahagia nanti. Fabrik renda, net dan sifon dengan perincian manik dan mutiara dapat menciptakan sepasang busana mewah buat raja sehari.
Koleksi lelaki
Golongan lelaki juga tidak perlu gusar saat bertandang tamu di butik tersebut. Biarkan isteri mengambil masa di 'kawasan' mereka kerana gedung itu juga menempatkan zon buat lelaki memilih fabrik berkualiti tinggi.
|
|
Koleksi UOMO dan fabrik-fabrik untuk sut, kemeja serta baju Melayu sudah semestinya menjadi taruhan utama cawangan baharu itu.
Jenama terkenal dari Eropah seperti Emanuel Ungaro, Ferre, Ermenegildo Zegna dan Carlo Pignatelli juga ditawarkan di gedung yang terletak di Lembah Sireh itu.
Tidak ketinggalan, promosi besar-besaran untuk fabrik baju Melayu dengan harga serendah RM19.50 semeter. Terdapat juga fabrik linen untuk kemeja kasual dan fabrik untuk baju batik.
Selain itu, Butik Aalia yang diletakkan di bawah kumpulan gedung itu juga menawarkan pelbagai rekaan tudung serta busana Muslimah yang menggamit rasa.
Pilihan tudung seperti likra, sifon dan selendang aneka corak dan warna juga ditempatkan di Butik Aalia. Butik berkenaan juga menyediakan baju kurung sedia pakai jenama Aalia Donna.
Bagi mendapatkan lebih banyak diskaun, dapatkan keahlian G Card yang diberikan secara percuma di gedung tersebut.
Untuk keterangan lanjut mengenai kedua-dua butik tersebut anda boleh menghubungi talian 09-743 2463.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: