SEREMBAN – Bagi mengembangkan promosi produk pelancongan, setiap negeri bakal mengelolakan Foodtrails yang mana kaedah ini merupakan satu cara promosi melalui makanan.
Pengarah Tourisme Malaysia (TM) Negeri Sembilan, Hishamuddin Mustafa berkata, Negeri Sembilan bakal mengelolakan program seumpama ini dalam masa terdekat.
Menurutnya, kunjungan beberapa agensi pelancongan dan wakil media negeri ke Terengganu, baru-baru ini disifatkan sebagai usaha berterusan yang dilaksanakan oleh TM negeri untuk terus mengembangkan promosi produk pelancongan masing-masing.
“Kunjungan yang turut diwakili oleh pegawai dari TM Negeri Sembilan bakal meneruskan kesinambungan impak kerancakan sektor pelancongan bagi kedua-dua negeri ini khususnya.
“Semua peserta yang terlibat akan dibawa untuk mengenal dan menikmati kelazatan serta keunikan makanan di negeri Adat Perpatih ini,” katanya.
Hishamuddin berkata, selain fokus kepada mempromosikan produk pelancongan melalui kunjungan ini juga sebagai pendekatan untuk memastikan penggerak sektor pelancongan negeri memperoleh seberapa banyak ilmu untuk dimanfaatkan dalam bidang masing-masing bagi sama-sama menjayakan sektor ini.
“Bagi Tourisme Malaysia sendiri, kami sebagai ‘front liner’ atau runners yang memberikan maklumat kepada pelancong mengenai pelbagai maklumat perlu memiliki pengetahuan lengkap dan melalui usaha seumpama ini dapat memenuhi kehendak itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semasa Terengganu Monsoon Foodtrails, baru-baru ini.
Katanya, pastinya kunjungan ke Terengganu itu mempunyai strategi tertentu, selain melihat cara mereka menguruskan Foodtrails, mereka juga mempromosikan pelbagai pakej yang ditawarkan ke negeri ini.
“Kita mahu meningkatkan kehadiran pelancong ke negeri Adat Perpatih ini, sekali gus mencapai sasaran 4 juta pelancong tahun hadapan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah TM Terengganu Mohd Nasir Kushairi berkata, pelancongan berasaskan makanan diiktiraf sebagai cabang penting dalam industri pelancongan yang semakin mendapat perhatian orang ramai.
“Terengganu Monsoon Foodtrails adalah salah satu program di bawah ‘Fabulous Food 1 Malaysia’ dan program ini adalah julung kali diadakan di negeri ini.
“Melalui kepelbagaian makanan dan keunikan selain kelazatannya, ia mampu menarik perhatian pelancong untuk datang berkunjung ke lokasi yang menyediakan hidangan tersebut,” katanya.
Peserta Terengganu Monsoon Foodtrails dibawa lebih dekat untuk mengenal kepelbagaian jenis makanan Terengganu seperti kuih akok, nganang, lok lik dan satar.
Selain itu peserta juga diberikan peluang untuk mencuba sendiri membuat beberapa jenis makanan tradisional Terengganu seperti keropok lekor, ketupat sotong dan nasi dagang.
Saturday, December 31, 2011
Kembang produk melalui Foodtrails
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: