PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah mengakui sukar untuk melakon adegan intim dan romantik dengan pelakon Aqasha menerusi drama Gemersik Kalbu.
Disebabkan itu dia terpaksa membuat latihan beberapa kali untuk memastikan adegan itu berjaya dilakonkan mengikut kehendak pengarah, Heykal Hanafiah.
“Saya mengalami cabaran ketika babak intim seperti berlakon di atas katil disebabkan status saya sebagai isteri orang.
“Jadi, untuk mengatasi masalah itu, saya kena rehearsal beberapa kali,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama “Gemersik Kalbu” baru-baru ini.
Drama ini bakal disiarkan di TV3 mulai 2 Januari depan menerusi slot Akasia pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.
Kata Ayu, dia sudah meminta kebenaran daripada suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha untuk melakonkan adegan berkenaan dan mendapat “lampu hijau” daripada suaminya itu.
“Suami saya profesional dan membenarkan saya melakonkan babak itu. Kadangkala, dia ada mengikut saya ke set penggambaran jika berkesempatan,” katanya.
Beralih kepada kehidupannya selepas hampir setahun bergelar isteri, Ayu masih menunggu rezeki cahaya mata selepas mengalami keguguran pada 26 Oktober lalu.
“Selepas berakhir penggambaran drama ini, saya akan berehat sementara menerima tawaran lakonan yang lain,” katanya yang memegang watak Raihana.
Drama ini merupakan hasil adaptasi dari novel “Gemersik Kalbu” yang ditulis oleh Anis Ayuni.
Sebelum berlakon drama ini, Ayu sempat menghabiskan bacaan novel tersebut selepas mendapat skrip daripada pengarah.
artis senang2 jer dapat buat maksiat dalam drama/filem.. tahniah!
ReplyDeletesuami dayus tengok isteri buat maksiat tapi tak tegur.. apa punya pemimpin!
ReplyDelete