Friday, December 30, 2011

Kursus Pengucapan Awam Untuk Kerajaan Dan Swasta

Pengenalan

Kursus Pengucapan Awam adalah kursus intensif 2 hari yang dirumus khas untuk membimbing warga kerja sektor korporat dan kerajaan mendalami kaedah dan teknik menyampaikan ucapan yang berkesan dan menepati matlamat.

Kursus ini boleh diubahsuai untuk pelajar dan penuntut sekolah-sekolah menengah, Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).

Matlamat Kursus

Kursus ini bertujuan untuk membantu peserta mengatasi darah gemuruh serta mempelajari kaedah dan teknik kemahiran pengucapan awam yang asas. Peserta juga diberi nasihat dan panduan untuk terus meningkatkan dan memantapkan kemahiran sedia ada. Kursus ini amat sesuai sebagai langkah permulaan untuk sesiapa yang ingin berkomunikasi secara berkesan dan berhasrat untuk menyampaikan pengucapan awam yang cemerlang. Setelah mengikuti kursus ini, peserta mampu menyampaikan segala bentuk ucapan yang memberangsangkan dengan penuh keyakinan.

Kursus ini dikendalikan oleh Jurulatih Kursus Pengucapan Awam kami - Encik Azmi Shahrin. Baca profil beliau di sini.

image

Galeri gambar kursus-kursus yang telah dikendalikan oleh Azmi Shahrin boleh dilihat di sini.

Pendekatan Kursus

Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kursus ini memperuntukkan 80% masa untuk kegiatan berseorangan atau berkumpulan bagi membolehkan para peserta mempelajari, membina dan menerapkan kemahiran Pengucapan Awam. Buku kerja akan digunakan untuk memudah pemahaman. Buku kerja ini juga mengandungi latihan-latihan tambahan untuk digunakan oleh peserta setelah tamat kursus. Bilangan peserta dihadkan kepada 15 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi.

Sukatan Kursus

Modul 1
Pengenalan kepada Ilmu Pengucapan Awam - perihal pentingnya kemahiran Pengucapan Awam, imbasan ucapan-ucapan yang cemerlang

Modul 2
Penilaian Diri - di mana saya berada sekarang dan ke mana saya ingin tuju?

Modul 3
Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan - tugasan ucapan pertama

Modul 4
Penyusunan Pengucapan Awam - pembukaan, isi kandungan & penutup, logik & urutan

Modul 5
Bahasa Tubuh - gerakan tangan, gaya berdiri, mimik muka, tatapan mata

Modul 6
Kepelbagaian Suara - kederasan & kelantangan suara, kaedah berdiam seketika

Modul 7
Perbendaharaan Kata Pinjaman - mengurangkan penggunaan perkataan-perkataan yang dicedok daripada Bahasa Inggeris, sebutan yang betul untuk perkataan pinjaman yang boleh diterima

Modul 8
Langkah-langkah Selanjutnya - penilaian diri sekali lagi, perbandingan dengan keputusan terdahulu, apa yang perlu dilakukan sekarang untuk terus maju

Jadual Kursus

Masa
Hari Pertama
Hari Kedua

9.00-10.45 pagi

Pengenalan kepada Ilmu Pengucapan Awam (M1)
Penilaian Diri (M2)

Kepelbagaian Suara (M6)
Latihan Berseorangan

10.45-11.00 pagi
Minum Pagi

11.00 pagi-12.45 ptg

Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan (M3)
Latihan Berseorangan

Perbendaharaan Kata Pinjaman (M7)
Latihan Berseorangan

12.45-1.45 ptg
Makan Tengahari

1.45-3.15 ptg

Penyusunan Pengucapan Awam (M4)
Latihan Berseorangan

Kegiatan Berkumpulan - menerapkan semua kemahiran

3.15-3.30 ptg
Minum Petang

3.30-5.00 ptg
Bahasa Tubuh (M5)
Latihan Berseorangan

Kegiatan Berkumpulan - menerapkan semua kemahiran
Langkah-langkah Selanjutnya (M8)

Kumpulan Sasaran

Kursus Pengucapan Awam ini boleh dikendalikan untuk orang dewasa, termasuk staf sokongan, pegawai dan pengurus, pelajar-pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, malah untuk mereka yang lebih muda (dengan penyesuaian). Kami berpendirian bahawa setiap insan memerlukan kemahiran Pengucapan Awam dan wajar memperoleh kemahiran ini seawal mungkin.

Penyesuaian Kursus Ini

Kami juga boleh mengubahsuai sukatan kursus ini untuk memenuhi keperluan khusus organisasi anda. Sila hubungi kami untuk berunding.

Untuk maklumat lanjut sila ke halaman :- http://pengucapanawam.com.my/

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: