Friday, December 30, 2011

CCM-USM lahir usahawan farmasi komuniti


AMIRUL FEISAL (dua dari kanan) menyerahkan produk CCM kepada Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Omar Osman (tiga dari kiri) di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Chemical Company of Malaysia Bhd. (CCM) menyasarkan untuk melahirkan 500 usahawan baharu dalam bidang peruncitan farmaseutikal komuniti menjelang tahun 2020.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan CCM, Amirul Feisal Wan Zahir, inisiatif bersama Universiti Sains Malaysia (USM) yang dikenali sebagai Jalinan Universiti dan Industri (CCM Jati) itu akan membolehkan divisyen farmaseutikal CCM dan Pusat Pengajian Sains Farmasi USM mengenal pasti 50 pelajar tahun kedua setiap tahun untuk melengkapi mereka sebagai ahli farmasi komuniti masa depan.

“Program CCM Jati bertujuan membangunkan generasi baharu usahawan farmasi komuniti yang seiring dengan rancangan kerajaan untuk melesenkan pengagihan ubat-ubatan preskripsi di peringkat runcit,” katanya dalam satu kenyataan sempena pelancaran usaha sama itu di di sini baru-baru ini.

Amirul Feisal berkata, inisiatif pintar antara sektor akademi dan industri itu akan dapat membantu membangunkan sektor peruncitan farmaseutikal komuniti yang pesat dan mampan.

“CCM berada di kedudukan unik dengan pengalaman meluas dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, pengilangan, pengedaran dan peruncitan untuk menyumbang ke arah pengembangan keupayaan serta bakat keusahawanan ini,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: