KUALA LUMPUR -- Bangunan Pusat Berita Bersepadu Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Bukit Angkasapuri di sini yang dibina dengan belanja RM100 juta akan menjadi ikon atau mercu tanda kejayaan dalam bidang penyiaran negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ia juga akan dijadikan pusat penyampaian berita dan hal ehwal semasa di samping berfungsi sebagai pusat arkib dan pentadbiran untuk kakitangan RTM.
"Dengan ini maka terjelmalah impian kementerian dan kerajaan untuk mewujudkan prasarana bagi tujuan pemberitaan.
"Secara puratanya, projek ini telah siap 94 peratus dan memerlukan enam peratus lagi untuk disiapkan menjelang 21 Januari tahun depan," katanya selepas melawat tapak projek bangunan itu di Bukit Angkasapuri di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: