|
|
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Band rock dari Ireland, U2 yang disertai penyanyi Bono mengungguli senarai kumpulan yang memperoleh pendapatan konsert tertinggi di dunia untuk tahun 2011.
Menurut majalah perniagaan Pollstar, U2 memperoleh pendapatan sebanyak AS$231.9 juta (RM736.2 juta) selepas 34 konsert band tersebut sepanjang tahun ini.
Band U2 yang popular dengan lagu Sunday Bloody Sunday mengatasi pencapaian band pop Britain, Take That yang memperoleh pendapatan AS$224 juta (RM711.2 juta).
Menurut agensi berita AP, band Take That mengadakan siri konsert jelajah selepas mereka bergabung semula dengan penyanyi utamanya, Robbie Williams.
Secara global, 25 siri konsert jelajah utama dunia pada 2011 telah menjana perolehan sekitar AS$2.1 bilion (RM6.6 bilion), hampir sama seperti tahun lepas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: