Friday, December 9, 2011

Tangani ekzema tanpa steroid


EKZEMA sering berlaku pada awal tahun kehidupan iaitu pada peringkat kanak-kanak.


KULIT kemerah-merahan, mengelupas, melecur dan gatal berpanjangan merupakan simptom-simptom penyakit ekzema.

Ia lazimnya berlaku pada kebanyakan orang sejak bayi atau kanak-kanak. Ada yang berpendapat seorang daripada lapan bayi akan mengalami ekzema yang kerap berlaku pada muka, di lipatan lengan dan kaki.

Apabila seseorang bayi atau kanak-kanak mengalami ekzema, kulit mereka akan menjadi kurang efektif untuk melindungi mereka daripada kehilangan lembapan, panas dan jangkitan bakteria.

Malangnya, rawatan yang sering digunakan iaitu dengan krim kortikosteroid hanya merawat ekzema dalam jangka masa pendek. Pada masa yang sama, ia menyebabkan kerosakan penipisan kulit kekal.

Penggunaan krim tersebut juga boleh menyebabkan rekahan kulit dan hipopigmentasi akibat penggunaan berterusan krim yang berasaskan steroid.

Penggunaan krim steroid yang berterusan dan berpanjangan menyebabkan berlakunya penyerapan steroid ke dalam aliran darah yang boleh meningkatkan kesan sampingan lain.

Soo Kian Kheng mengalami pengalaman yang sama kerana anaknya menghidap ekzema berusaha mencari alternatif bagi menggantikan krim steroid. Pengarah Pembangunan dan Penyelidikan I-Green (M) Sdn. Bhd., itu kemudiannya berjaya menghasilkan rangkaian produk Buds Super Soothing untuk mengatasi masalah dermatitis atopik atau ekzema.

"Selepas melihat kesakitan dan ketidakselesaan yang dihadapi oleh anak-anak saya, saya tahu bahawa saya perlu lakukan sesuatu.

"Saya pernah membangunkan produk organik dan semula jadi di bawah rangkaian produk Buds untuk kulit normal, jadi saya mempunyai pengetahuan asas terutamanya mengenai ekstrak tumbuh-tumbuhan," kata Kian Kheng.

Alternatif steroid

Sehubungan itu, Kian Kheng mengambil keputusan untuk mencari alternatif ubat bebas steroid supaya dapat mengelakkan anaknya daripada terdedah kepada steroid.

"Selepas beberapa penyelidikan dan percubaan, saya sangat gembira apabila menemui formula yang betul.


KIT Penyelamat Ekzema Buds Super Soothing dihasilkan bebas steroid.


"Apabila menggunakan krim tersebut, kami mula mendapati perbezaannya. Ruam merah semakin hilang dalam beberapa hari. Saya dan isteri sangat lega. Segala kebimbangan mengenai ekzema hilang sama sekali," ujarnya.

Hari ini, ekzema yang dihidapi oleh anak-anaknya terkawal melalui penggunaan produk berasaskan tumbuhan semula jadi organik.

Selain bebas steroid dan diiktiraf organik oleh EcoCert, produk Buds ditingkatkan dengan prebiotik semula jadi.

Buds didatangkan dengan kit penyelamat yang dipanggil Buds Super Soothing Eczema Rescue Kit yang mengandungi hydrating cleanser, rescue lotion dan buku kecil setebal 22 muka surat yang lengkap dengan informasi mengenai ekzema, rawatan serta pengurusan ekzema.

Antara ramuannya ialah aloe vera, ekstrak shiso, spent grain wax, ekstrak daun zaitun, fruktan, jojoba, bunga matahari, buah zaitun dan minyak inca inchi.

Kit Penyelamat Ekzema Buds Super Soothing dijual pada harga RM80 setiap pek.

Pada majlis pelancaran kit penyelamat ekzema itu di ibu negara baru-baru ini, lebih 40 ibu bapa hadir untuk mendengar ceramah pengurusan ekzema oleh pakar pediatrik, Dr. Chow Su Lin.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.budsbaby.com atau www.facebook.com/budsbaby.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: