LAUTAN manusia berpakaian rona biru memenuhi Taman Wetland, Presint 13, Putrajaya 13 November lalu.
Mereka berkumpul bukan mahu mencetuskan mencipta kontroversi kerana fanatik kepada mana-mana parti politik tetapi mereka berkumpul atas semangat mahu menyertai Putrajaya Global Diabetes Walk 2011.
Ketika orang lain sedang enak diulit mimpi dan mahu memanjangkan waktu tidur mereka pada hujung minggu, kelompok manusia berpakaian serba biru itu sanggup bangun awal pagi dan berada di Taman Wetland seawal pukul 6.45 pagi.
Langsung tidak menunjukkan rasa mengantuk dek terpaksa bangun awal, gerombolan manusia berbaju biru itu tampil bersemangat memeriahkan Putrajaya Global Diabetes Walk 2011.
Sebagai makluman pada tahun 2005, kira-kira 1.1 juta orang maut akibat diabetes dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kematian akibat diabetes akan bertambah dua kali ganda di antara tahun 2005 hingga 2030.
Malah, diabetes dan komplikasinya pasti akan muncul sebagai salah satu ancaman yang besar terhadap sumber kesihatan awam sedunia pada masa depan dengan kos ekonomi dan sosial yang sangat besar terutamanya di negara-negara membangun.
Sejajar dengan Hari Diabetes Sedunia yang jatuh pada 14 November setiap tahun, lebih 1,000 peserta mengambil bahagian dalam Putrajaya Global Diabetes Walk 2011 yang diadakan baru-baru ini.
Walkathon sejauh lima kilometer tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap peningkatan penghidap diabetes di Malaysia.
Dengan tema Understand Diabetes and Take Control, acara yang dianjurkan oleh Hospital Putrajaya, Perbadanan Putrajaya dan Novo Nordisk Pharma (Malaysia) Sdn. Bhd. itu sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya.
Selepas melakukan senaman aerobik bagi memanaskan badan, acara berjalan pada sebelah pagi itu dimulakan selepas bendera acara dilepaskan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman.
Walkathon hari tersebut bukan sahaja disertai oleh orang dewasa malah, menyaksikan pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas tampil ke depan.
Hasan memberitahu, trend diabetes di Malaysia semakin membimbangkan dan golongan muda tidak terkecuali dalam menghidap diabetes.
“Beban diabetes di Malaysia terus meningkat. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan saya ingin menegaskan agar semua orang mengamalkan pemakanan serta gaya hidup sihat.
“Rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas diseru untuk menjalani ujian saringan faktor risiko NCD setiap tahun dan jika mereka mempunyai faktor risiko diabetes, maka mereka perlu mula menjalani ujian saringan pada peringkat yang lebih awal,” ujarnya.
Di Malaysia, 1.8 juta orang didiagnoskani dengan diabetes pada tahun 2010, peningkatan signifikan dari 1.4 juta berbanding tahun 2006.
Peluang mendidik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa, pada tahun 2030, Malaysia akan mempunyai 2.48 juta penghidap diabetes.
Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang ketiga juga menunjukkan bahawa kelaziman berlakunya diabetes lebih tinggi di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar.
“Dengan risiko diabetes yang meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia, Hospital Putrajaya melihat Hari Diabetes Sedunia sebagai peluang untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat berkenaan kepentingan mengekalkan gaya hidup aktif.
“Ia salah satu daripada banyak cara yang boleh dilakukan rakyat Malaysia sebagai inisiatif untuk mengekang penyakit ini,” kata Pakar Perunding Endokrinologi di Hospital Putrajaya, Dr. Zanariah Hussein.
Mereka yang memeriahkan aktiviti Putrajaya Global Diabetes Walk 2011 tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka yang pantas menamatkan walkathon pulang dengan hadiah.
Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah utama seperti basikal bukit mountain bike dan iPod Nano, manakala pemenang cabutan bertuah menerima hamper, baucar barangan sukan dan hadiah utama merupakan penginapan hotel di Bali.
Seramai 1,000 peserta yang pertama berdaftar turut menerima beg sagu hati dan kemeja T rekaan khas.
Penaja bersama acara itu ialah 100 PLUS, Health Today, MBG Fruits, Nestle dan Gardenia.
Para pembaca dan peserta yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Putrajaya Global Diabetes Walk 2011 dan gambar-gambar yang dirakam semasa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: