SEREMBAN – Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan memperuntukkan RM1.3 juta bagi menyediakan perkhidmatan bantuan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).
Pengarahnya, Abdullah Hanapi berkata, kesemua bantuan yang diberikan itu adalah untuk memberi keselesaan kepada penerima, sekaligus meringgankan beban ditanggung keluarga mereka.
Menurutnya, antara bantuan yang diberi adalah elaun pekerja cacat, bantuan OKU tidak bekerja, bantuan kronik dan terlantar serta geran pelancaran yang melibatkan 4,319 penerima.
“Kerajaan tidak pernah melupakan golongan OKU ini, malah banyak peruntukan disediakan bagi memastikan kebajikan golongan ini terbela.
“Kerajaan juga memperuntukkan kira-kira RM 6.8 juta kepada program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi membantu 1,612 OKU di seluruh negeri ini mendapatkan sokongan fizikal mahu pun mental,” katanya pada Majlis Sambutan Hari OKU peringkat negeri di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini, semalam.
Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti), Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Zainab Nasir.
Pada program berkenaan, P.Gunasegaran menerima Anugerah Tokoh OKU Lelaki 2011, manakala Raja Azli Raja Anuar dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh OKU Perempuan Tahun 2011.
Friday, December 16, 2011
RM1.3 juta bantuan OKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: