Thursday, December 22, 2011

Ramlah Ram Hangat Bercinta?

Ramlah Ram
Selepas tiga tahun hidup menjanda, Ramlah Ram mengakui yang dia tidak menolak sekiranya jodoh untuk berkahwin kali kedua. Dia yang ditemui di majlis ramah mesra single 'Sesaat Kau Datang' duet bersama Sleeq, tengah hari tadi berkata;

"Buat masa sekarang memang saya tidak fikir untuk berkahwin lagi, tetapi saya tidak berani berkata tidak untuk hal tersebut. Bukan nak kata serik kerana tidak semua individu itu sama."

Terlanjur ditanya soal jodoh, MH online menerima khabar di mana pelantun lagu 'Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu' ini sedang hangat bercinta dengan jejaka yang jauh lebih muda daripadanya.

Kononnya lagi, jejaka yang dimaksudkan baru berusia 26 tahun dan hubungan mereka tidak diketahui oleh keluarga masing-masing.

"Tua atau muda saya tidak berani mengiyakannya. Seperti yang saya katakan tadi, soal jodoh itu ditentukan oleh-Nya. Apa yang penting lelaki tersebut boleh membimbing ke arah yang lebih baik," ujar Ramlah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: