Tahniah diucapkan kepada aktor Zed Zaidi apabila isterinya, Nelly disahkan hamil enam minggu lima hari. Ketika dihubungi MH Online, Zed melahirkan rasa syukurnya dan sangat teruja untuk bergelar bapa.
"Disebabkan isteri sering loya dan muntah-muntah, Isnin lalu saya memintanya untuk menguji dengan alat pengesan kehamilan. Dan hasilnya adalah positif.
"Namun, kami tidak mahu terlalu berharap. Sehinggalah tengah hari semalam, kami pergi berjumpa doktor dan isteri saya disahkan hamil enam minggu lima hari. Saya gembira sangat dan isteri menangis mendengar keputusan tersebut," kongsi Zed ceria.
Memandangkan usia kandungan isterinya masih diperingkat awal, Zed menasihati isterinya agar tidak terlalu 'stress' dalam bekerja.
"Isteri masih bekerja macam biasa, cuma saya pesan agar tidak terlalu berada dalam tekanan ketika bekerja. Kalau rasa kerja tersebut tidak boleh dibuat, jangan paksa diri," ujarnya lagi.
Isteri Zed dijangka bersalin pada 9 Ogos 2012.
Thursday, December 22, 2011
"Isteri Menangis Disahkan Hamil"-Zed Zaidi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: