ORANG ramai terpaksa menggunakan jalan raya apabila laluan pejalan kaki ditutup di persimpangan Jalan Maarof, Bangsar.
KUALA LUMPUR: Penghadang jalan yang diletakkan di sepanjang persimpangan Jalan Bangsar ke Jalan Maarof sejak awal bulan ini bukan saja menyusahkan orang ramai yang berjalan kaki menggunakan laluan berkenaan untuk ke arah stesen LRT Bangsar tetapi turut membahayakan nyawa mereka.
Pejalan kaki yang ditemui melahirkan rasa kecewa dengan kewujudan penghadang jalan berkenaan kerana bukan saja menyusahkan mereka, tetapi turut mengundang bahaya ketika mereka melintas jalan. Ketiadaan papan tanda memaklumkan tujuan penghadang jalan berkenaan diletakkan di situ turut mengundang tanda tanya kepada pejalan kaki yang sering melalui jalan berkenaan.
Pejalan kaki yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 38, berkata pihak yang meletakkan penghadang jalan berkenaan langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan lain terutama pejalan kaki sepertinya yang terpaksa bersaing dengan kenderaan seperti kereta, lori dan motosikal untuk melintas jalan.
“Setiap hari, saya perlu melintasi kawasan ini untuk pergi dan pulang dari kerja dengan menaiki LRT. Sejak ada penghadang jalan ini, ia memang menyusahkan dan membahayakan nyawa pejalan kaki dan pengguna jalan raya lain. Sebelum ini, memang tidak ada kemudahan pejalan kaki di sini tetapi kami tidak ada pilihan selain menyeberangi jalan di sini menuju ke arah stesen LRT,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: