PASIR SALAK - Parti Keadilan Rakyat Cabang Pasir Salak kesal melihat penduduk kawasan itu dibiarkan berdepan dengan masalah takungan air banjir di sekitar rumah mereka sejak beberapa minggu lalu.
Penyelaras Keadilan Parlimen Pasir Salak, Abdul Razak Bin Ismail mempersoalkan sikap 'tidak peduli' Dun kawasan itu kerana tidak peka dengan kepayahan hidup penduduk kampung yang terpaksa mengharung air banjir setinggi paras lutut dan kawasan rumah mereka dinaiki air setiap kali hujan lebat.
Beliau berkata, penduduk kampung kecewa terhadap wakil-wakil rakyat kerana gagal mengambil tindakan proaktif dalam menyelesaikan masalah banjir yang telah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya.
“Saya menggesa Adun Kg Gajah, Dr Wan Norashikin Wan Noordin mengambil tindakan segera membantu penduduk ini.
“Saya juga berpendapat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu mendapat peruntukan 18 juta bagi kerja-kerja baik pulih sungai dan parit serta kerja-kerja tebatan banjir seperti yang telah diperuntukan dalam Pembentangan Bajet Negeri Perak 2012 baru-baru ini,” katanya.
Menurut Abdul Razak, kawasan yang sering dinaiki air ialah kawasan kampung sepanjang kiri kanan jalan dari bermula dari 300 meter dari pekan Kampung Gajah ke Simpang Tiga menghala ke Teluk Intan.
Kawasan lain seperti Kampung Pulau Besar, Kampung Telok, Kampung Pulau Juar, Kampung Selat Pulau dan Kampung Pasir Panjang Ulu. Turut menghadapi masalah sama ialah Kampung Bukit Chawi dan jalan utama menghala ke Felcra Seberang Perak.
Manakala di Dun Sungai Manik pula, kawasan yang sering dinaiki air ialah di Kampung Pengkalan Daun, sekitar Labu Kubong, Chendrong Balai dan kawasan sekitarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: