PEKAN NENAS - Masalah burung yang menghantui Pasar Awam Pekan Nenas sejak kebelakangan ini membuatkan hampir 100 peniaga mengeluh berikutan perniagaan mereka terjejas dan mendesak tindakan segera diambil.
Tinjauan Sinar Harian ke pasar awam yang berusia tujuh tahun ini mendapati ia seperti syurga bagi burung yang tidak mengenal erti siang dan malam dengan keadaan di kaki lima bangunan dipenuhi najis haiwan berkenaan biarpun kerja pembersihan dilakukan setiap pagi.
Peniaga ikan, Md Amin Laseng, 54, berkata, terlalu banyak burung liar yang menginap di pasar ini seperti burung layang-layang, merpati dan tiung sehingga dapat dilihat dengan jelas pada senja dan subuh.
“Haiwan ini akan masuk ke dalam pasar dan ketika itu keadaannya seperti lebah. Sangat banyak dan bising terutamanya pada waktu senja sekitar jam 6 petang hingga 7 malam.
“Manakala, keesokan harinya, burung ini akan keluar lingkungan jam 6 hingga 7 pagi dan keadaan berulang setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, perniagaannya terjejas disebabkan masalah burung ini.
Md Amin berkata, pelanggan yang datang ke gerai berasa tidak selesa kerana burung akan berterbangan di kawasan dalam pasar pada waktu pagi.
“Selain itu, bau busuk najis burung meloyakan orang luar yang datang lebih-lebih lagi gerai saya berhampiran kawasan kaki lima di belakang pasar,” katanya.
Menurutnya, aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak 2005 berkaitan masalah burung ini, dan pelbagai langkah telah diambil namun ia semakin menjadi-jadi.
Sementara itu, Adun Pekan Nenas, Tang Nai Soon berkata, perbincangan telah diadakan dengan pihak yang berkaitan bagi mengatur langkah bersesuaian bagi mengatasi masalah burung liar ini.
Friday, December 9, 2011
100 peniaga terjejas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: