Pelakon terkenal Korea, Park Shin Hye mengakui kini mengalami kesukaran untuk seimbangkan jadual kerjaya dan juga pengajiannya.
Shin Hye meluahkan masalah dihadapi menerusi laman Twiternya. Menurut Shin Hye, semester kali ini paling sukar buatnya.
“Saya sepatutnya berhenti seketika dari belajar dan pergi melancong. Tapi jika saya berbuat demikian, saya akan membazirkan yuran pengajian saya.
“Jadi lebih baik saya teruskan sahaja pengajian ini walaupun ia adalah sesuatu yang sukar. Saya akan buat sedaya mungkin selagi boleh. Tapi kadang-kala saya rasa tidak mampu untuk melakukannya dan sekarang apa yang saya perlukan ialah untuk berehat,” katanya.
Shin Hye kini seorang penuntut Universiti Joong Ang, dalam jurusan teater dan filem. Sejak akhir-akhir ini, Shin Hye sering berulang-alik ke luar negara untuk melakukan promosi dan masa sama terpaksa menghadiri kelas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: