Bakal ibu, Beyonce Knowles berusaha untuk mengawal pemakanannya sepanjang tempoh hamil anak sulungnya itu.
Beyonce memberitahu, dia kini semakin berhati-hati mengambil pemakanan dan banyak belajar daripada rakan-rakan yang pernah melahirkan anak.
“Saya akan berhati-hati. Saya tidak mahu berat badan naik mendadak dan saya tidak mahu menyesal di kemudian hari,” katanya.
Teruja bakal bergelar ibu, isteri kepada penyanyi rap Jay-Z, bagaimanapun sedar akan berdepan waktu sukar apabila anaknya lahir nanti.
“Biarpun sukar, saya sudah bersedia menghadapinya seperti mana ibu saya melahirkan saya dahulu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: