Thursday, December 22, 2011

Jeritan ibu selamatkan keluarga


KIM TON menunjukkan keadaan kedai runcit milik keluarganya yang terbakar di Gelang Patah, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Jeritan seorang ibu berjaya menyelamatkan ahli keluarganya daripada maut ketika kedai runcit milik mereka yang terletak di tingkat bawah sebuah rumah kedai di Taman Perumahan Rakyat, Lima Kedai, Gelang Patah di sini terbakar semalam.

Dalam kebakaran kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Teh Kim Ton, 37, bersama ibu, Wong Lian Hoe, 65, bapa, Teh Sooi Phouy, 71, dan adik lelakinya, Teh Kim Siang, 27, sedang tidur di tingkat atas rumah kedai berkenaan.

"Saya terjaga apabila dengar ibu menjerit setelah dia terhidu asap tebal dari kedai runcit kami yang terletak di tingkat bawah.

"Tanpa berlengah saya terus bawa semua ahli keluarga turun ke bawah dan nasib baik api belum merebak ke tingkat atas," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Ekoran kebakaran itu, Kim Ton memberitahu, mereka mengalami kerugian kira-kira RM500,000 apabila kedai berusia lapan tahun yang turut menjual telefon bimbit itu musnah terbakar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: