|
|
KUALA LUMPUR - Institut Jantung Negara (IJN) memperkenalkan kaedah rawatan baru yang selamat dan cepat sembuh untuk pesakit yang mengalami kebocoran injap jantung menerusi penggunaan sejenis alat dipanggil 'Mitral Clip'.
Kaedah rawatan itu yang membabitkan kos RM150,000 menggunakan sejenis klip khas setebal 2 milimiter (mm) yang dimasukkan ke dalam jantung melalui saluran darah di celah kelangkang pesakit.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr. Rabaayah Zambahari berkata, teknik rawatan tersebut akan dikendalikan oleh sekurang-kurangnya tiga doktor pakar yang menggunakan sistem kawalan dari luar tubuh pesakit.
Katanya, kabel dengan pencangkuk klip itu berfungsi menutup kelopak injap mitral yang bocor.
"Sebaik saja kedudukannya dipastikan, klip itu dilepaskan dari kabel untuk mencangkuk bukaan pada injap jantung yang bocor.
"Teknik itu akan mengecilkan saiz bukaan injap mitral dan menyekat kebocoran," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: