Bersempena dengan kemunculan album terbarunya, Raja Pop 2 dan juga produk kecantikan Jamal Abdillah, D’JAS yang telah pun berada di pasaran, Warner Music Malaysia dengan kerjasama Bintang Channel dan Maju Junction Mall bakal mengadakan majlis pelancaran kedua-dua produk tersebut di Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah pada 7 Januari ini.
Selain daripada majlis pelancaran produk-produk ini, pelbagai aktiviti juga disediakan bagi peminat-peminat Jamal Abdillah pada karnival yang bakal diadakan nanti. Antara program yang telah diatur adalah seperti pertandingan karaoke lagu-lagu Jamal Abdillah, tiru gaya dan lain-lain lagi.
Kepada peminat-peminat setia Jamal Abdillah, jangan lepaskan peluang untuk bertemu bintang pujaan ramai ini dan sertai program-program yang telah diatur di karnival yang dijangka akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga ke 6 petang.
Thursday, December 22, 2011
Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah Pada 7 Januari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: