Touch ‘n Go

Pengguna lebuh raya kini boleh merebut hadiah lumayan sehingga RM150,000 melalui pe-raduan ‘Jom Guna Touch ‘n Go dan Menang’ yang ditawarkan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB).

Pengguna Touch ‘n Go hanya perlu menggunakan kad Touch ‘n Go di lebuh raya dan tempat parkir bagi melayakkan mereka menyertai peraduan serta merebut hadiah mingguan juga bulanan.
Peraduan bermula pada 1 Disember 2011 sehingga 5 Februari 2012 menawarkan tiga kategori iaitu penggunaan melebihi RM25, RM35 dan RM70. Manakala pemenang hadiah bula­nan akan dipilih di kalangan penggunaan yang melebihi RM120, RM150, RM180 dan RM250.
Hadiah-hadiah yang menanti 60 pemenang bulanan adalah jongkong emas seberat 5 gram, pakej percutian, pemandu arah GPS kereta, atau SmartTAG. Manakala 150 pemenang mingguan bakal mempe­roleh baucar tambah nilai Touch ‘n Go bernilai RM50, RM70 atau RM100.
Peraduan dibuka kepada semua pemegang kad Touch ‘n Go kecuali pengguna kad Touch ‘n Go Biz XS, Fleet XS dan Plustrack Fleet. Pendaftaran adalah diwajibkan kerana pemenang akan dikenal pasti melalui nombor siri kad Touch ‘n Go.
Sementara itu, Touch ‘n Go telah mencatatkan sebanyak 50 peratus penggunaan di lebuh raya sebagai kaedah sistem pembayaran tol elektronik, manakala bagi penggunaan Touch ‘n Go di lebuh raya sekitar Lembah Kelang mencatatkan sehingga 70 peratus.
Kawasan parkir yang kemudahan pembayaran melalui Touch ‘n Go kini berada di lebih daripada 50 lokasi di seluruh negara, termasuk kompleks membeli belah, hospital, pusat perniagaan dan stesen-stesen sistem rel.