InMobi, rangkaian pengiklanan mudah alih bebas terbesar di dunia berkata, berdasarkan data rangkaiannya, pasaran pengiklanan mudah alih Malaysia berkembang 37 peratus kepada lebih satu bilion kesan pengiklanan tempoh sukuan pada suku ketiga tahun ini.
InMobi mengumumkan perkara itu dalam laporan Mobile Insights Report-Malaysia Market, bagi tempoh Julai hingga September 2011.
Kedua-dua Android dan Apple iOS menguasai pasaran, dengan menawarkan lebih 41 peratus kesan mudah alih di Malaysia.
Mengulas laporan itu, Naib Presiden dan Pengarah Urusan InMobi bagi Asia Pasifik, Atul Satijaat berkata, di Malaysia, jenama seperti Celcom dan Tune Talk sudah mula melabur lebih banyak dalam pengiklanan mudah alih media, yang memberikan banyak kelebihan.
“InMobi komited bekerja bersama pengiklan terbabit bagi memanfaatkan medium serta meluaskan capaian dan meningkatkan pembabitan jenama,” katanya.
Beliau berkata, peningkatan kukuh penembusan telefon pintar, peningkatan ketara dalam iventori app mudah alih dan potensi besar telefon mudah alih untuk menghibur, mendidik dan memberi maklumat, menyumbang kepada peningkatan medium itu dalam strategi media jenama utama.
Hasil penemuan lain menunjukkan kesan iklan mudah alih di Malaysia berkembang lebih pantas berbanding purata global (32.6 peratus dan serantau (25.1 peratus).
Kesan telefon pintar berkembang 68 peratus pada suku kedua 2011, menyumbang sebanyak 50 peratus daripada tempoh suku ketiga 2011, serta melebihi kadar pertumbuhan global (52.6 peratus) dan serantau (41.9 peratus).
Iventori app berkembang 67 peratus berbanding tujuh peratus pertumbuhan web mudah alih pada suku ketiga 2011.
Peningkatan ketara iventori app menunjukkan penggunaan lebih besar aplikasi dalam kalangan pengguna yang didorong oleh peningkatan penembusan telefon pintar dalam pasaran.
Android turut berkembang dengan ketara pada suku ketiga 2011, memperoleh 10.6 mata penguasaan dan menawarkan kesan paling tinggi (28.9 peratus).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: