
TIUPAN angin dan nyanyian ombak menyuntikkan rasa tenang dan damai. Pemandangan persekitaran yang dipukau panorama lautan pula cukup merehatkan minda. Untuk seketika, perasaan hati begitu melonjak hati untuk menetap di situ lebih lama.
Itulah penangan pusat percutian Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa yang berlokasi di Gold Coast Sepang, Selangor.
Mengambil kawasan seluas 5,000 hektar dengan vila mengunjur sejauh 1.5 kilometer (km) ke Selat Melaka, Golden Palm Tree menawarkan 399 vila penginapan yang mempesona.
Antara jenis vila yang ditawarkan ialah Trevelers Palm Villa, Premier Travelers Palm Villa, Canary Palm Villa, Ivory Palm Villa dan Royale Palm Villa.
Semua vila dilengkapi kemudahan canggih selain tata hias dalamnya yang cantik memberikan keselesaan saat menginap ‘terapung’ di Selat Melaka itu.
Bagi memudahkan segala urusan tetamu di resort itu, Rumah Kelab Golden Palm Tree dengan reka bentuk kontemporari disediakan yang dilengkapi bilik mesyuarat, lobi, pusat perniagaan, pusat penjagaan kesihatan (spa dan gim), restoran, kafe, kolam renang dan pusat rekreasi.
Rekod pokok palma
Selain kolam renang, anda boleh mencuba aktiviti perahu layar dan berkayak. Aktiviti lain ialah memanah, bersenam di gim dan berbasikal ke kawasan kampung.
Jika berminat, anda boleh menyusuri Sungai Sepang Besar sambil melihat keindahan alam semula jadi. Dari Sungai Sepang Besar sejauh 17 kilometer, anda akan dihidangkan kawasan hutan paya bakau yang belum terusik.
Anda berpeluang meninjau aktiviti ekonomi masyarakat tempatan seperti menangkap lokan dan menternak ikan.

Golden Palm Tree turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai resort berbentuk pokok palma terpanjang di Asia Tenggara.
Pengurus Besar Golden Palm Tree, Pascal Prigent, 51, berkata, pusat percutian itu sesuai sekali dikunjungi seisi keluarga kerana terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh diterokai di situ.
Jelasnya lagi, Golden Palm Tree sesuai menjadi persinggahan tetamu yang dambakan aktiviti di darat dan air dalam satu masa.
Beliau berkata, jika datang bersama keluarga dan mempunyai anak kecil, anda tidak perlu risau.
“Kami mempunyai pelbagai aktiviti menarik jadi ibu bapa bebas melakukan aktiviti yang disukai, manakala anak-anak berseronok dengan sukan rekreasi mereka,” ujarnya.
Beberapa aktiviti lain dirancang di situ termasuklah abseling, banji, memanjat dinding dan permainan tradisional.
Pascal berkata, walaupun pusat percutian itu dibina serba canggih dan mewah, aspek alam sekitar sama sekali tidak diabaikan.
Setiap aktiviti pembangunan mengambil kira impak pada persekitaran di pesisiran pantai adalah minimum.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: