
SEREMBAN - Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KBS) akan memberi penekanan terhadap pembangunan sistem sukarelawan di negara ini pada tahun depan.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, satu sasaran perlu dicapai agar sukarelawan dalam kalangan belia boleh digerakkan untuk kerja-kerja amal dan komuniti.
"Jika dibandingkan dengan Australia, negara itu mempunyai lima juta sukarelawan yang mendaftar untuk memberi sumbangan 700 juta jam bagi kerja komuniti.
"Di Malaysia kita tidak ada satu sistem untuk mengukur dengan cara yang tepat, walaupun ada orang buat, tapi kita tidak ada satu one stop centre untuk membuat laporan supaya kita dapat mengukur tahap rakyat Malaysia bersedia untuk menjadi sukarelawan," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pegawai Belia dan Sukan Se-Malaysia 2011 (PPBSM) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: