Tuesday, December 6, 2011

Langkawi permata berharga


SEORANG anggota tentera mengawasi pesawat tempur MIG-29 milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang turut menyertai
LIMA '11 di Langkawi semalam.


LANGKAWI - Kerajaan melihat Langkawi sebagai permata yang amat berharga dan akan memastikan pembangunan pulau legenda ini dilaksanakan secara menyeluruh dan tersusun, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, pembangunan yang dilaksanakan kerajaan melalui Perbadanan Pembangunan Langkawi (Lada) dengan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, lapangan terbang, jeti, saliran, air dan elektrik bertujuan memberi keselesaan kepada pelancong dan kehidupan penduduk Langkawi.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan Persekutuan menyediakan kemudahan asas seperti bekalan elektrik sebanyak 350 mega voltan dan bekalan air (13,448 juta gelen) yang dibekal dari tanah besar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: