Tuesday, December 6, 2011

Kuasa tarik barang rosak


PAUL SELVARAJ


KUALA LUMPUR – Suatu undang-undang khas yang membolehkan kerajaan menarik semula barang yang rosak di dalam pasaran harus digubal demi membela hak-hak pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia, Datuk Paul Selvaraj berkata, mekanisme seperti itu perlu kerana kini sudah kerap kes-kes sedemikian.

Ia sekali gus membela pengguna sering kali menjadi mangsa kepada tindakan pengilang dan peniaga yang memasarkan barang-barang rosak dan berbahaya.

“Pengguna berhak mendapatkan yang terbaik daripada pengilang dan peniaga malah mereka seharusnya diberi pampasan sekiranya barang yang dibeli mereka sudah rosak.

“Selain itu, bukan hak pengguna sahaja dapat ditegakkan malah ia dapat memulihkan keyakinan pengguna terhadap pengilang dan peniaga yang menjual barang-barang berkenaan,” katanya sidang akhbar mengenai sambutan Hari Persaingan Sedunia di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: