gro

SEREMBAN - Hasrat enam lelaki yang mahu melanggan pelacur di sebuah hotel di Jalan Datuk Bandar Tunggal, di sini, terbantut selepas ditahan dalam serbuan oleh sepasukan polis, petang kelmarin.

Cubaan mereka melarikan diri gagal sejurus menyedari kehadiran polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri secara mengejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam operasi kira-kira jam 3.15 petang itu, enam wanita warga tempatan ditahan, berusia 30 hingga 49 tahun.

“Ketika serbuan, enam lelaki berusia lingkungan 28 hingga 48 tahun bersama pelacur dan mereka cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya.

“Seorang penjaga warga tempatan berusia 40 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk disoal siasat.