KUALA PILAH – Bangunan yang berusia 92 tahun di jalan Undang Johol dekat sini, runtuh pada petang kelmarin berikutan struktur bangunannya tidak stabil.
Difahamkan dahulu bangunan kosong bernombor 69 itu menjadi tempat orang berniaga, namun setelah berlaku kerosakan ia ditinggalkan demi keselamatan.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Kamarudin Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 7.22 petang, kelmarin daripada orang ramai.
Menurutnya, orang ramai menghubungi pihaknya kerana bimbang bangunan itu akan runtuh memandangkan struktur bangunan pada dindingnya sudah mulai retak sedikit di bahagian tepi kiri.
“Memang ketika itu bangunan tersebut belum runtuh sepenuhnya, walau bagaimanapun, kira-kira jam 3 pagi, bangunan itu ranap sama sekali,” katanya.
Kamarudin berkata, mujur ketika runtuhan, tiada sesiapa berada di kawasan tersebut.
“Bangunan ini dikosongkan sejak tiang bangunan berkenaan dilanggar sebuah kenderaan.
“Berkemungkinan, bimbang ia tidak selamat, penghuninya berpindah ke tempat lain dan membiarkannya kosong sejak beberapa bulan,” katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pihak bomba dan penyelamat sudah meletakan kon keselamatan dan papan tanda untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya.
“Pengguna perlu berhati-hati apabila melalui kawasan ini terutamanya kanak-kanak kerana kerja-kerja pembersihan belum dilaksanakan.
“Buat masa ini, jalan berkenaan hanya dibuka satu laluan sahaja kerana sebelahnya ditutupi bahan runtuhan bangunan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahli Jawatankuasa Kelab Koong Yee, Lee Ah Kow, 61, berkata, bangunan itu sudah berusia 92 tahun sejurus kelab berkenaan ditubuhkan.
“Bangunan tersebut di bawah tanggungjawab kelab ini dan apa sahaja aktiviti akan diadakan di sini.
“Walaupun tiang bangunan ini dirempuh sebuah kenderaan dua tahun lalu, namun ia masih tegap berdiri,” katanya kepada Sinar Harian semasa meninjau kawasan runtuhan.
Hadir sama, Adun Pilah, Adnan Abu Hassan dan wakil Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Zulkiply Nahu.
Katanya, pihaknya akan melakukan pembersihan dalam masa terdekat selepas mendapat notis daripada MDKP selama dua minggu.
Friday, December 16, 2011
Bangunan 92 tahun runtuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: