JB

PERCAYA atau tidak, penyanyi popular dengan lagu, Never Say Never ini tidak pernah mempercayai kewujudan Santa Claus.

Menurut Justin Bieber, sewaktu kecil ibunya memberitahu Santa Claus tidak wujud.

“Bayangkan saya membesar dengan melihat Santa Claus berada di mana-mana ketika hadirnya sambutan Krismas. Tetapi ibu mengatakan tiada Santa Claus seperti yang saya lihat.

“Jadi, saya tidak pernah mempercayai kehadirannya lagi. Padahal setiap kali Krismas, kanak-kanak seronok mengatakan mereka mendapat pelbagai hadiah daripada Santa Claus.

“Ia benar-benar mengelirukan. Sekarang, apabila Krismas tiba saya hanya mahu semua orang terutama keluarga saya sihat dan gembira sahaja. Jujur saya katakan, tiada apa-apa untuk saya bagi sambutan tahun ini,” katanya.