Maxis Berhad, meneruskan lagi komitmennya untuk membangunkan dan melengkapkan masyarakat dengan pengetahuan asas aplikasi ICT serta peralatan Internet melalui program perdananya, Cyberkids Maxis.
Program yang dilancarkan sejak 2002 dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah memberi pendedahan kepada 1500 sekolah dengan lebih daripada 8500 pelajar dan guru dari seluruh negara.
Naib Presiden Kanan Sumber Manusia, Azmi Ujang berkata, sebagai peneraju perkhidmatan telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis percaya dalam memanfaatkan teknologi canggih dan inovasi bagi mewujudkan nilai untuk ekonomi, masyarakat dan persekitaran walau di mana ia beroperasi.
“Dengan inisiatif pendidikan kami kepada masyarakat, kami berhasrat untuk menyumbang ke arah membina modal insan yang berpengetahuan, mahir dan inovatif serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
“Program Cyberkids Maxis yang akan memasuki tahun ke-10 tahun depan, akan terus menyebarkan ilmu ICT ke seluruh pelosok Malaysia, di samping menyokong seruan kerajaan untuk merapatkan jurang digital di negara ini,” katanya.
Katanya, Maxis turut berhasrat untuk memberi peserta program pengalaman berkongsi apa yang dipelajari semasa di kem dengan ahli masyarakat di luar sana.
Tahun ini, Cyberkids Maxis telah mengadakan aktiviti seperti kem untuk 15 sekolah terpilih pada Julai lalu yang memberi peluang kepada sekolah terlibat untuk membuat pembaharuan, membangunkan dan mempromosikan projek yang dihasilkan semasa berada di kem tersebut.
Sebanyak enam sekolah telah berjaya layak ke peringkat akhir dan cabaran ini juga menyaksikan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Sg Buloh dari Selangor dinobatkan sebagai pemenang Cabaran Kebangsaan Cyberkids Maxis 2011.
Thursday, December 22, 2011
Cyberkids Maxis iktiraf kreativiti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: