IPOH – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) akan membuka sembilan lagi cawangan baru tahun depan di seluruh negara, Sabah dan Sarawak menjelang suku pertama tahun depan berikutan rancangannya untuk mengembangkan perkhidmatan perbankan telah mencapai keuntungan memberangsangkan pada tahun lalu.
Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata, cawangan di Kelantan adalah di Kuala Krai, Sabah (Semporna, Putatan), Terengganu (Kerteh), Johor (Nusa Jaya), Pahang (Bentong, Kuala Lipis) dan Sarawak melibatkan kawasan Serian serta Kota Merudu.
Menurutnya, dua lagi cawangan di Miri, Sarawak dan Pendang, Kedah dijangka eroperasi Disember ini.
“Penambahan cawangan-cawangan ini adalah untuk meningkatkan lagu mutu perkhidmatan Bank Rakyat kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Karnival Bank Rakyat ‘Moh Yob Ke Karnival’ di Dataran Bandaraya Ipoh, di sini semalam.
Menurutnya, daripada jumlah itu, Bank Rakyat akan memiliki sebanyak 131 cawangan di seluruh negara.
“Di Perak kita mempunyai 12 cawangan dan terbaru cawangan di Gerik dibuka,” katanya.
Katanya, Bank Rakyat berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai institusi kewangan Islam nombor satu di Malaysia dengan menawarkan pelbagai kemudahan kewangan.
“Oleh yang demikian, Bank Rakyat juga telah menerima pelbagai pengiktirafan atas pencapaian cemerlang dan sumbangannya dalam sektor perbankan Islam,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Kamaruzaman berkata, penganjuran Karnival Bank Rakyat di Ipoh adalah yang kelima dan terakhir untuk tahun ini selain di Melaka, Kedah, Terengganu serta Kelantan sebelumnya.
“Ia ibarat satu landasan kepada pihak bank mendekatkan diri dengan masyarakat setempat yang banyak menyokong produk dan perkhidmatan Bank Rakyat selama ini.
“Malah melalui penganjuran karnival seumpama ini juga, kita dapat mempromosi dan membawa keseluruhan produk bank kepada orang ramai,” katanya.
Jelasnya, karnival yang bertemakan ‘Ekspresi Seni’ itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung pelbagai peringkat umur.
“Antaranya sukaneka, permainan padang, fotografi ekspresi, seni suara Bank Rakyat dan seni gubahan.
Kamaruzaman berkata, karnival berkenaan turut memberi peluang kepada koperasi dan usahawan untuk memasarkan produk masing-masing kepada pengunjung melalui pembukaan 50 gerai.
“Mereka juga berpeluang untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan serta mendapatkan pengedar dan ejen untuk produk mereka bersama jenama terkenal melalui Sesi Pemadanan Perniagaan,” katanya.
Sunday, December 4, 2011
Bank Rakyat tambah cawangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: