Sunday, December 4, 2011

Anne Hathaway dilamar


ANNE HATHAWAY


PELAKON cantik yang membawakan karakter berkesan dalam filem Devils Wear Prada dan Rachel Getting Married ada berita baik khusus untuk peminatnya.

Anne Hathaway yang mula dikenali melalui filem The Princess Diaries itu dipercayai akan bernikah tidak lama lagi. Lelaki bertuah yang dapat menyunting cinta Anne ialah Adam Shulman. Mereka berkasih sejak tahun 2008.

Anne membuat keputusan untuk bernikah selepas Adam melamarnya baru-baru ini. Jurucakap Anne turut mengesahkan bahawa pasangan tersebut sedang dalam proses menyiapkan hari besar mereka.

Rancangan pernikahan Anne dan Adam dapat dihidu media sejak kedua-dua mereka meraikan Hari Kesyukuran Khamis minggu lalu. Anne dan Adam turut dirakam mengenakan cincin pertunangan yang membuktikan bahwa hubungan mereka memang serius.

Sebelum bertemu Adam, pelakon cantik berusia 29 tahun tersebut sempat mengalami kekecewaan dan bersumpah untuk tidak berurusan dengan lelaki lagi.

Waktu itu, Anne dikecewakan Raffaelo Follieri. Namun setelah bertemu Adam, Anne mengaku jatuh cinta sehingga membuatkannya bodoh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: