Sunday, December 4, 2011

Canggung pasangan Twilight


ROBERT PATTINSON dan Kristen Stewart.


WALAUPUN sudah bekerja sama dalam tiga siri Twilight, namun masih ada sikap malu-malu antara Robert Pattinson dan Kristen Stewart. Ketika diminta melakukan adegan ranjang, kedua-dua pelakon itu mengaku berasa sangat malu.

Dalam filem Twilight Saga, Breaking Dawn Part 1, pasangan ini perlu melakonkan adegan intim setelah bernikah dan berbulan madu. Walaupun melakukan adegan tersebut dengan kekasihnya dalam dunia realiti namun Pattinson mengaku berasa canggung.

Tidak hanya canggung, Robert juga harus berdepan rasa malu kerana terpaksa memalsukan adegan klimaks di depan seluruh kru filem yang merakam aksi seksnya.

"Kami memandang ke arah kamera dan melakukan adegan klimaks. Rasanya benar-benar memalukan tetapi saya rasa semuanya berakhir dengan baik," akui pemegang karakter Edward Cullen tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: