Monday, December 5, 2011

Ancasa Resort ala tropika


ANCASA Allsuites Resort & Spa, Port Dickson menawarkan 198 suite satu bilik tidur, dua bilik tidur atau tiga bilik tidur.


MUSIM cuti sekolah tiba lagi. Ini bermakna, sektor pelancongan domestik kembali meriah dengan orang ramai merancang untuk bercuti ke pelbagai tempat menarik di negara ini.

Bagi yang bekeluarga terutama mereka yang ramai anak, tempat penginapan sering menjadi isu yang perlu ditangani dengan baik bagi memastikan percutian tersebut berlangsung dengan meriah.

Ancasa Allsuites Resort & Spa, Port Dickson adalah antara jawapan terbaik kepada isu itu dengan 198 suite sama ada satu bilik tidur, dua bilik tidur atau tiga bilik tidur ditawarkan kepada para penginap.

Terletak di tengah-tengah kawasan hijau yang subur di Teluk Kemang, Ancasa Allsuites Resort & Spa, Port Dickson menawan hati dengan kehangatan dan kesenangan sebuah resort mewah ala-neo-nusantara tropika.

Dengan kedudukannya yang menghadap persisiran pantai Selat Melaka, resort itu menawarkan 46 suite satu bilik tidur, dua bilik tidur (94 unit) dan tiga bilik tidur (58 unit).

Kadar semasa bagi suite bermula dari RM288 nett (satu bilik), RM338 nett (dua bilik) dan RM388 nett (tiga bilik).

Setiap unit mempunyai pendingin hawa kawalan sendiri di dalam bilik tidur, televisyen warna dengan siaran dalaman dan saluran satelit, peti sejuk, set kopi dan teh, sistem telefon dail antarabangsa (IDD), kemudahan seterika dan pengering rambut (atas permintaan).

Kemudahan dan perkhidmatan lain termasuk kawalan keselamatan 24 jam, servis bilik harian, valet dobi dan cucian kering, kemudahan kedai, peti deposit keselamatan, kedai cenderamata Laluan Sutera, akhbar percuma dan ruang letak kereta yang mencukupi.

Nikmati juga pengalaman makan di Saffron Brasserie yang menghidangkan pelbagai masakan Timur dan antara benua. Resort itu juga menempatkan restoran Jepun yang pertama dan satu-satunya di Port Dickson yang dipanggil Restoran Kiyoshi.

Lain-lain kemudahan rekreasi di resort itu ialah kolam renang, gimnasium, kolam renang kanak-kanak, bilik permainan, taman permainan kanak-kanak, bilik permainan kanak-kanak dan pelbagai sukan air untuk pelancong.

Bilik karaoke juga boleh didapati pada harga yang sederhana.

Bagi mereka yang merancang majlis tertentu, dewan Matrix adalah tempat yang sesuai kerana ia mampu menampung sehingga 200 orang dengan selesa.

Di samping itu, lima bilik seminar yang dilengkapi dengan penataan lampu dan audio-visual serta peralatan persidangan juga disediakan.

Resort itu popular untuk acara-acara terbuka dan boleh menjadi tuan rumah kepada 1,000 orang pada satu-satu masa.

Bukan sekadar resort, Ancasa Resort Allsuites Port Dickson komited untuk melanjutkan keselesaan seperti di rumah dengan hospitaliti yang terbaik.

Untuk pertanyaan, hubungi resort di talian 06-6627288, pejabat jualan Kuala Lumpur di 03-20266060 sambungan 7013 atau laman sesawang http://www.ancasapd.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: