BUAT julung kalinya, pasukan Pet- ronas Malaysia akan mempamerkan jentera Moriwaki Moto2 yang akan digunakan oleh kedua-dua pelumba negara, Mohd. Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah pada saingan MotoGP Grand Prix Malaysia pada majlis memperkenalkan jentera tersebut di Kuala Lumpur City Center (KLCC) hari ini.
Petronas merupakan penaja utama tetapi pasukan tersebut turut di sokong oleh Moriwaki Engineering, Boon Siew Honda, Hong Leong Yamaha Motor, Two Wheels Motor Racing (TWMR), Astro Arena, Litar Antarabangsa Sepang, Persatuan Automobil Malay- sia (AAM), Racing Boy, Uma Racing, Shoei, MotoDotMania dan Dunlop.
Zamri, 28 tahun, akan menggu- nakan jentera no. 87, manakala Hafizh, 17 tahun dengan jentera no. 86.
Bakat kedua-dua pelumba ini diasah melalui penglibatan mereka pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas dan Kejuaraan Motosikal Asia Petronas.
Walaupun tahun 2011 merupakan tahun kedua Malaysia mendapat tiket wildcard dalam kelas Moto2, Pengarah Promosi TW- MR, Ron Hogg berkata, ia tidak akan tercapai tanpa penglibatan semua pihak yang berada dalam industri sukan pemotoran.
Beliau berkata: "Kita semua harus berganding bahu dan sama-sama bekerja keras memandangkan program ini bukan penglibatan satu pihak sahaja.
"Ia membabitkan seluruh industri terdiri daripada pengeluar-pengeluar berbeza, pelbagai penaja, pasukan-pasukan dan pelumba- pelumba untuk mencapai matlamat yang sama iaitu untuk menye- diakan pendedahan secukupnya kepada pelumba dan pasukan sebelum mereka beralih ke tahap yang lebih tinggi."
"Dengan pengalaman yang diperoleh ketika beraksi di peringkat MotoGP ini, ia akan membantu kita untuk meningkatkan lagi tahap perlumbaan di Malaysia bukan sahaja dalam kalangan pelum- ba-pelumba, malah pasukan, juru- tera perlumbaan, kru, penaja dan lain-lain."
Ditanya tentang sasaran untuk kedua-dua pelumba dan bagaimana dia melihat kemampuan program ini terus berkembang pada masa hadapan, beliau berkata:
"Melihat kepada persaingan sengit dalam kelas Moto2 ini, kami berharap kedua-duanya, Zamri dan Hafizh dapat melakukan catatan masa sepusingan yang baik dan terus menunjukkan peningkatan sepanjang perlumbaan itu kelak."
"Untuk masa hadapan, sudah tentu kami mahu terus melakar kejayaan demi kejayaan tetapi pada masa yang sama, kami berharap lebih ramai penaja akan bekerjasama dan melabur demi menyokong industri sukan pemotoran tanah air.
"Memang menjadi harapan kami untuk melihat lebih ramai pelumba dapat beraksi di peringkat antarabangsa tanpa memikirkan berapa lama mereka dapat mengekalkan karier perlumbaan.
"Petronas telah mengubah industri pemotoran negara dan pada ketika ini kami juga memerlukan lebih banyak sokongan dari pihak lain untuk memajukan lagi sukan pemotoran dan menjadikan ia yang terbaik," kata Hogg.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: