Saturday, October 1, 2011

Yasmin Hani Kuruskan Badan Sebelum Naik Pelamin

KUALA LUMPUR: Pelakon Yasmin Hani yang bakal melangsungkan pernikahan penghujung bulan hadapan mengakui sibuk menguruskan badan untuk kelihatan cantik di hari persandingannya nanti.

Jelas Hani, dia banyak menghabiskan masa di gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini.

“Persiapan perkahwinan hampir 80 peratus sudah siap hanya sekarang saya sibuk menguruskan badan supaya sesuai dengan baju kahwin nanti.

“Secara mata kasarnya memang nampak saya kurus tapi sebenarnya tidak, saya belum berpuas hati dengan bentuk badan sekarang,” katanya ketika ditemui di Energy Spa, di sini, Khamis lalu.

Tambah Hani, selain bersukan dia turut menjaga pemakanannya bagi membantu memudahkannya mendapat bentuk badan yang diingini.

Selain itu, bercerita tentang perasaannya untuk bergelar isteri kepada Shahrin Razali, Hani berkata dia semakin berdebar menanti saat itu.

“Perasaan sekarang sangat takut dan berdebar debar setiap hari fikir tentang apa yang belum siap.

“Saya rasa masa sangat pendek dan seperti tak cukup. Saya tak sabar nak habiskan semua ini,” katanya.

Yasmin dan Shahrin akan melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan di Duchess Place, Jalan Ampang dekat sini yang akan diadakan secara kecil-kecilan serta untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

Hani akan mengayakan busana dari Qamilla untuk majlis pernikahan manakala bagi majlis persandingan dia akan mengayakan baju daripada pereka fesyen Hatta Dolmat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: