Saturday, October 29, 2011

Terapi selaman rawat bayi


Pasangan ibu dan anak menghadiri sesi terapi selaman di kolam Yayasan Gezenguz, Budapest.


BUDAPEST - Sebuah yayasan amal di Hungary menyediakan sesi terapi saraf di dalam air untuk merawat bayi dan kanak-kanak.

Terletak di ibu kota Hungary, terapi tersebut diperkenalkan kepada umum oleh Yayasan Gezenguz.

Kaedah rawatan unik di dalam kolam khas itu didapati berkesan untuk merawat bayi yang mengalami kecederaan semasa lahir termasuk kecederaan saraf.

Selain itu, terapi sama turut digunakan dalam proses rehabilitasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak atau penyakit kongenital lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: