KUALA LUMPUR – Seorang peniaga dan bapanya kini hidup dalam keresahan apabila mendakwa mereka sering diganggu oleh lebih 20 jurujual ekoran bekas majikan bapanya melarikan diri bersama barangan jualan tanpa menjelaskan hutang sejak September lalu.
Menurut pemilik Kedai Ubat dan Pasar Mini Kong Heng Yong, Ng Chin Siang, dia dan bapanya sering diganggu oleh jurujual terbabit supaya menjelaskan hutang yang belum dilangsaikan oleh bekas majikan bapanya sebelum ini.
“Mereka sering datang ke kedai dan mencaci kami dengan perkataan yang kesat serta mengganggu pelanggan kami. Mereka juga berniat hendak mengambil barangan jualan kedai kami bagi menggantikan kerugian mereka.
“Bapa saya hanya pekerja biasa di kedai tersebut dan bukannya pemilik kedai, kenapa kami yang harus melangsaikan hutang itu?” katanya pada sidang media di Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan Rakyat Malaysia di sini semalam.
Bekas majikan bapanya merupakan pemilik Kedai Ubat dan Runcit Wing Fatt yang merupakan bapa saudara kepada Chin Siang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: