Juara Maharaja Lawak 2011 yang juga merupakan Juara Raja Lawak musim Ketiga disahkan berpecah secara rasminya pada bulan Ogos yang lalu. Biarpun sebelum perkara ini berlaku, ketiga-tiga ahli kumpulan ini menafikan khabar angin yang mengatakan Sepah mengalami masalah dalaman yang kuat dan mungkin akan berpecah, namun akhirnya mereka mengesahkan tentang perpecahan itu semalam. Sepah dianggotai tiga orang anak muda iaitu Mohd. Noor Murad (Mamat), Shahmira Muhammad (Shuib) dan Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jeff) dikatakan mengambil keputusan ini biarpun berat hati pada awalnya. Namun, sebulan selepas perkara ini berlaku, Jeff dan Shuib mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu Sepahtu tanpa kehadiran Mamat. “Secara rasminya kami (Sepah) telah berpecah selepas menjayakan konset Maharaja Lawak Raya yang lepas, dan sewaktu saya dan Shuib beraya di rumah Mawi hujung September yang lalu, kami ada berbincang untuk menubuhkan satu lagi kumpulan untuk saya dan Shuib. “Selepas berbincang saya dan Shuib bersetuju untuk menubuhkan Sepahtu, dan bernaung dibawah syarikat MW Entertainment Sdn Bhd dan Sheikh Qalam Records. “Jujurnya, memang saya sayang dengan Sepah, sebab itu nama kumpulan baru ini juga mengambil sedikit nama Sepah, namun ada beberapa faktor yang membuatkan kami terpaksa berpecah sebelum ini,”jelas Jeff Kenapa tiada pembabitan Mamat? “Tawaran ini dibuat secara individu oleh pihak syarikat, jadi mereka yang membuat pilihan antara kami berdua. “Sebenarnya tiada masalah antara kami dan Mamat, cuma mungkin kami tidak lagi bersefahaman untuk bergandingan bersama. “Kami tidak bermusuh antara satu sama lain, keputusan untuk berpecah ini sudah terlalu lama, iaitu semenjak kami dalam Raja Lawak lagi, dan sewaktu Maharaja Lawak, memang kami nak umumkan berpecah, tetapi kami tidak sampai hati untuk menghampakan peminat yang mengundi,”jelas Jeff Adakah Mamat punca perpecahan ini berlaku? “Saya tidak mahu memburuk-burukkan dia, lagipun dia juga mencari rezeki dalam bidang ini. Tapi, kami tidak boleh bertahan sahaja, setelah menasihatinya berkali-kali, dia masih dengan perangai lamanya. “Ini kerjaya utama dan ini juga rezeki utama saya sekarang ini, jadi kalau boleh saya tidak mahu ia tersekat kerana beberapa sebab yang buat saya lakukan. “Seperti Shuib, dia juga sudah mempunyai isteri dan bakal mempunyai anak, jadi kami perlu serius dalam berkarya dan bekerja, jadi saya tidak mahu ada perkara yang menjatuhkan kami dalam industri ini. “Kehadiran kami semula dalam Sepahtu bukanlah untuk mencari jalan sengketa dengannya apatah lagi mahu menampakkan siapa yang salah ataupun jahat. Tetapi, untuk berkarya dengan tenang dan serius. “Sepah tidak akan bersatu kembali, sebab bagi saya itu semua sudah terkubur,”jelas Jeff lagi. Projek Sepahtu? “Untuk Sepah, projek terakhir kami adalah Sepah Then Movie yang akan memulakan penggambaran pada 12 Oktober ini, kami terpaksa selesaikan penggambaran ini sebab ia sudah ditandatangani sejak awal dahulu lagi. “Selepas pada itu kami akan tumpukan penuh perhatian pada Sepahtu, selain sebagai pelawak, kami juga akan merakamkan album dan berlakon. Segala urusan kerjaya kami diuruskan oleh MW Entertainment |
Thursday, October 6, 2011
Sepah berpecah! Jeff & Shuib Bergabung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: